Buku-buku mengenai Seni Silat Melayu di Malaysia tidak banyak yg ada diterbitkan untuk bacaan umum. Mungkin ada yang diterbitkan hanya untuk ahli-ahli pertubuhan/persatuan Silat itu sendiri sahaja. Di bawah adalah beberapa buku mengenai Silat Melayu di Malaysia yang mana ada di antaranya sudah tidak diterbitkan lagi, sudah menjadi sangat langka.
SERIAN RIMAU
Seni Bela Diri Tradisi
Monday, January 15, 2024
Ziarah ke Batu Kurau (2) 31/12/2023
Ziarah ke Batu Kurau pada 31/12/2023, Cikgu Mohamad Safwan Bin Abdul Rahid daripada aliran Seni Silat Gayong.
Berbeza aliran tapi membawa tujuan yang sama, Insya Allah.
Boleh rujuk halaman Kelab Memanah Batu Kurau di link berikut https://www.kembarapanglima.com/
Ziarah ke Batu Kurau (1) 30/12/2023
Ziarah ke Batu Kurau pada 30/12/2023, ke rumah Guru-guru Gayung Fatani di Batu Kurau.
KERSANI yang diwakili oleh Guru Alzahari, Cikgu Azlan dan Cikgu Syam telah menziarahi guru-guru silat di Batu Kurau pada 30 Disember 2023. Kunjungan bertujuan untuk menyantuni guru dan keluarga mereka yang memang telah terjalin semenjak awal tahun 1990an. Semoga ukhwah terus berkekalan sehingga ke jannah.
Silat itu sendiri di antara maksudnya mengikut pandangan pengamal/ilmuan silat diambil daripada perkataan Silaturahim.
Di rumah Abg Mat Desa
Di rumah Abi Chai
Friday, November 24, 2023
Istiadat Ulangan Penghulu Luak Mengadap - 18/11/2023
KERSANI telah dijemput untuk mengadakan persembahan silat di hadapan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sempena Majlis Istiadat Ulangan Penghulu Luak Mengadap di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Menjunjung Kasih Tuanku. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Istana, kerajaan negeri, JKKN dan semua pihak yang terlibat.
Sunday, November 27, 2022
Subscribe to:
Posts (Atom)