Senjata Melayu
Senjata di ketogerikan dari
ukuran senjata yang panjang 6 kaki (lembing)
sehingga satu jengkal kerambit.
Terdapat 7 jenis senjata yang akan di guna dan di pelajari bergantung kepada
pencapaian murid dan kesungguhan murid itu sendiri. Senjata tersebut adalah
1. kayu atau lembing.
2. Pedang.
3. Golok.
4. Pisau atau Keris.
5. Kerambit
6. Bedikan Memanah.
7. Kain atau Cindai
Silat
merupakan ilmu seni mempertahankan diri secara bersenjata atau tanpa senjata,
dijelaskan oleh pengkaji silat sebagai ilmu perang yang membina pahlawan bagi melengkapkan
angkat perang diraja. Bermakna silat mempunyai kaedah tempur bela diri yang
mantap untuk digunakan dalam ilmu pertempuran atau peperangan. Teknik bela diri
merupakan bahagian penting
dalam silat yang menjadi amalan pahlawan, bangsawan dan pemerintah kerajaan
Melayu tradisi. Boleh dikatakan setiap kampung atau desa terdapat gelanggang
silat.
Kepentingan silat kepada orang Melayu seumpama pakaian dan senjata yang tidak dapat dilihat yang dapat digunakan ketika terdesak. Pada umumnya ilmu persilatan dapat dipelajari dalam masa yang singkat antara tiga hingga empat bulan dan dipakai sepanjang hayat. Sebagai tanda kesetiaan kepada sesuatu perguruan seseorang pengamal akan kekal dalam sesuatu perguruan. Melainkan kepada mereka yang berminat belajar silat kepada beberapa orang guru, bagi membolehnya menguasai pelbagai ilmu dan kaedah.
Pendidikan silat yang mengamalkan kaedah tradisi gelanggang bangsal ialah secara berguru bergelanggang iaitu pelajaran silat hanya diperturunkan oleh seseorang guru di gelanggangnya sahaja. Guru mengajar secara langsung kepada pelajar mengikut kaedah pengajaran yang diperturunkan dari guru ke guru mengikut amalan perguruan mereka. Maka ilmu dan kemahiran Silat Melayu dapat mempertahankan keasliannya. Pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal pada umumnya menekankan pelajaran silat pada zahir dan batin. Pada zahir ialah pelajaran silat yang dapat dikuasai pancaindera secara jasmaniah meliputi kemahiran mempertahankan diri tanpa senjata atau dengan bersenjata. Silat pada batin atau rohani ialah berdasarkan ilmu
pengetahuan
kerohanian Islam yang secara langsung dapat membina nilai-nilai murni atau
akhlak pesilat sejajar dengan cara hidup seorang pendekar Silat Melayu.
Di samping memberikan kemahiran bertarung tanpa senjata dan bersenjata, pahlawan juga diajarkan beberapa ilmu kebatinan, kerohanian atau kesaktian. Tujuannya untuk mengelakkan dari cedera, tipu helah lawan dan menyelamatkan diri ketika diperlukan.
Pendidikan silat bahagian rohani atau isi
silat meliputi pengetahuan, konsep, falsafah, petua, pesikologi, sejarah,
keagamaan, firasat, pertolongan cemas, petua dan perkara yang tersirat di
sebalik pelajaran silat diperturunkan semasa pelajaran, Bahagian isi menjadi
penting bagi membentuk intelek, psikoloji, emosi dan naluri yang dapat membina
disiplin, ikhsan. patriotisme, satria dan jati diri sebagai insan sempurna dan
seimbang.
Jurus Silat pula boleh membina kemahiran serang bela yang tepat, pantas dan berkesan. Di sebalik latihan atau gerak Jurus Silat terdapat nilai-nilai murni seperti yakin, patuh, seimbang, jujur, berdikari dan tegas Pesilat mestilah mempunyai keyakinan ketika melakukan jurus serang bela langsung ke sasaran. Latihan melakukan jurus serang bela secara berpasangan atau berkumpulan, pesilat mesti patuh dan jujur kepada arahan agar tidak mendatangkan kecelakaan kepada diri dan rakan. Pergerakan serangan memerlukan keseimbangan, kekuatan, kecepatan, ketepatan dan keberkesanan serang bela. Latihan tubi, berfikir positif dan tegas amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan daya ketahanan.
Senjata
Kehebatan
besi telah lama disedari oleh manusia bermula dari zaman batu hinggalah ke
zaman serba canggih dan moden pada hari ini. Seperti yang di ketahui hampir
semua senjata diperbuat dari besi dan ada jua sebahagian nya dari besi. Dalam Al-Quran, cerita tentang besi yang
dikurniakan kepada umat manusia bukan sahaja untuk dimanfaatkan oleh mereka
bagi tujuan duniawi tetapi juga untuk dijadikan alat senjata untuk
mempertahankan diri dan agama Allah. Dengan ini Senjata menjadi alat yang penting
dalam peperangan.
Pembuatan senjata melayu cara lama terutamanya menggunakan besi selalunya berkaitan dengan asal usul kejadian manusia. Seperti yang di ketahui Allah mencipta manusia berdasarkan dari empat unsur atau anasir, iaitu tanah, angin, air dan api.
Begitu
juga bilah senjata melayu mengunakan tanah istimewa dan dengan angin untuk
meperkasakan api bagi melembutkan nya yang kemudiannya dikeras/teguhkan dengan Air.
Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. . (dijadikan besi dengan keadaan demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan seharian) dan pengetahuan Allah meliputi segalanya bagi kegunaan kejalan untuk menegak dan mempertahankan agama Allah.
(Al-Hadid:25)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.